Remaja Perempuan 14 Tahun, Dua Beradik Ditahan Disyaki Edar Dadah

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun adalah antara tiga suspek ditahan polis kerana disyaki menjadi pengedar dadah, di sebuah rumah di Cherang Ruku, Semarak di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis turut menemui 850 biji pil kuda (methamphetamine) dan 9.7 gram syabu di situ.

Menurutnya, dalam serbuan pukul 2.30 petang Selasa itu, polis juga merampas sepucuk pistol tiruan, sebilah kerambit, sebuah kereta dan wang tunai RM1,610.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki berusia 19 tahun dan dua perempuan masing-masing berumur 14 dan 23 tahun.

"Suspek lelaki dan perempuan berusia 23 tahun itu adalah adik-beradik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, Khamis.

Katanya kedua beradik itu ditahan reman selama tujuh hari manakala remaja  berumur 14 tahun itu direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata siasatan mendapati ketiga-tiga suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai baharu melibatkan diri dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pasir Puteh.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: dadah , Abdul Rozak Muhammad , pil kuda

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan