Bayi Berusia Setahun Maut Dilanggar Kereta Bapa

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 11:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di  Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pagi Khamis.

Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superitendan Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja.-- Bernama


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan