Polis Tahan Empat Lelaki, Tumpas Geng Samun Kedai Serbaneka

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 4:50 PM

Azmi Adam

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan geng samun kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam selepas menahan empat lelaki dalam dua serbuan di Butterworth dan Permatang Pauh, dekat sini,  Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, tiga lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Butterworth pada pukul 1 pagi dan susulan itu seorang lagi lelaki ditahan di Permatang Pauh.

Beliau berkata, keempat-empat lelaki berusia 18 hingga 23 tahun itu disyaki terlibat dalam hampir 20 kes samun membabitkan kedai serbaneka di sekitar SPU dan Seberang Perai Tengah sejak beberapa bulan lepas.

"Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan mereka antaranya tiga motosikal, pisau dan nombor pendaftaraan motosikal palsu," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata, dua daripada lelaki yang ditahan itu bekerja sebagai pembantu kantin manakala dua lagi penganggur dan mereka kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan.

Azmi ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (STaRT) Kontinjen Pulau Pinang Asisten Komisioner Rosli Hassan yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Pusat Bekalan Polis di Jabatan STaRT.

Jawatan Rosli akan dipangku Pegawai Turus Jabatan STaRT Kontinjen Pulau Pinang Asisten Superitendan  Chong Foo Yen. Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan