Bobby Dan Citra Berjaya Diselamatkan, Empat Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 11:01 PM

Sepasang anak orang utan "Bobby" dan "Citra" berumur kurang setahun yang disumbatkan ke dalam sebuah beg pakaian, dipercayai diseludup dari Medan berjaya diselamatkan oleh Bahagian Penguatkuasa Perhilitan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepasang anak orang utan berumur kurang setahun yang disumbat ke dalam sebuah beg pakaian, dipercayai diseludup dari Medan, Indonesia, berjaya diselamatkan daripada dijual sebagai haiwan peliharaan di negara ini.

Ketika diselamatkan dalam serbuan Op Taring III di kawasan parkir sebuah hotel di Klang, Jumaat lepas, 'Bobby' dan 'Citra' berada dalam keadaan tertekan dan kedua-duanya kini diletakkan dalam penjagaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ketua Bahagian Penguatkuasa Perhilitan Abdul Kadir Abu Hashim berkata dalam serbuan itu, empat lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan atas kesalahan memiliki orang utan tidak matang tanpa permit khas.

Abdul Kadir berkata seorang daripada rakyat Malaysia yang ditahan berumur 35 tahun merupakan pemilik akaun laman sosial Facebook yang dipercayai menjalankan operasi perniagaan binatang peliharaan eksotik termasuk ular dan burung sejak dua tahun lalu.

"Seorang lagi rakyat Malaysia berusia 54 tahun kemungkinan hanya menemaninya. Kita masih mencari kaitan mereka dengan dua lagi tahanan Indonesia, sama ada mereka ini satu kumpulan atau hanya rakan perniagaan.

"Kedua-dua warga Indonesia itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan telah masuk ke negara ini lebih daripada sekali," katanya dalam satu sidang media, di sini, Isnin.

Keempat-empat suspek akan didakwa esok mengikut Seksyen 68, 71 dan 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, kerana memburu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas, mengimport hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas dan kezaliman terhadap hidupan liar.

Mengenai pasangan orang utan berkenaan, Abdul Kadir berkata kedua-duanya akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan di Perak dalam masa terdekat sementara menunggu keputusan DNA untuk mengesahkan tempat asal mereka.

"Kalau disahkan dari Sumatera kita akan maklumkan pihak berkuasa di sana dan memproses dokumen yang berkaitan untuk dihantar balik," katanya.

Beliau berkata harga pasaran bagi kedua-duanya dianggar sekitar RM40,000.

Tags / Kata Kunci: Bobby , Citra , Anak orang utan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan