Polis Tahan 22 Warga Pakistan, Rampas 34 Kilogram Heroin

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 8:33 PM

Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis merampas 34 kilogram dadah jenis heroin dan menahan 22 warga Pakistan dalam satu serbuan di Desa Melawati, petang Sabtu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter rasmi beliau pada Ahad berkata, serbuan itu dilakukan pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

"Syabas STING @PDRMsia, petang semalam berjaya tangkap 22 orang wargaPakistan dan rampas lebih 34kg Heroin di Desa Melawati KL. Go PDRM Go," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Twitter dan Facebook beliau pada Sabtu, turut memuji kejayaan pasukan STING itu.

Perdana Menteri berkata PDRM berjaya mencari dan merampas dadah, membuat penutupan makmal dan menahan anggota sindiket dadah sejak penubuhan pasukan tersebut.

"Teruskan perang ke atas jenayah dadah ini!," kata perdana menteri.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi Bernama berkata polis akan mengadakan sidang media berhubung rampasan dan tangkapan itu, di Bukit Aman pagi Isnin.

Tags / Kata Kunci: Warga Pakistan , Heroin

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan