Dua Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut Kereta Terjunam Ke Dalam Gaung

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dua lelaki maut apabila kereta mereka  terjunam ke dalam gaung di Jalan Tebing Runtuh, Nusajaya, Sabtu.

Mereka dikenali sebagai N. Kathiravan, 21, pemandu kereta itu dari Tampoi dan penumpangnya B. Mogan, 23, dari Batu Pahat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, DSP Ismail Dollah berkata kedua-dua mereka datang dari arah Gelang Patah menuju Johor Baharu.

Kereta mereka dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki gaung, katanya.

Beliau berkata kedua-duanya dipercayai meninggal lebih 24 jam sebelum mayat mereka ditemui pada pukul 4.35 petang.
Tags / Kata Kunci: Ismail Dollah , jatuh gaung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan