Bilik Server RTM Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 12:54 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa bilik Pemasaran dan Promosi Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas bilik storan data berkomputer di tingkat 5, Wisma TV, RTM terbakar, kira-kira 8.25 pagi Ahad. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah bilik storan data berkomputer di tingkat 5, Wisma TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terbakar awal hari Ahad.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran di bilik berkenaan di tingkat 5 yang menempatkan bahagian pentadbiran RTM itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Che Shaari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan 8.27 pagi berhubung kejadian itu sebelum 27 anggota bersama dua jentera dari balai bomba dan penyelamat Pantai dan Seputeh bergegas ke lokasi kejadian.

"Bomba menerima panggilan daripada seorang polis bantuan RTM yang berada di tingkat bawah lobi selepas dia (pengawal keselamatan) mendengar penggera kecemasan dibunyikan dari tingkat yang terbakar.

"Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati bilik server terbakar dan asap tebal menyelubungi bilik berkenaan manakala bilik lain di tingkat itu tidak terjejas. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran 10 minit kemudian," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.

Che Shaari berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat oleh Jabatan Forensik Kebakaran.

Sementara itu, saksi kejadian yang juga polis bantuan di RTM, Muhammad Hafiz Dzulkafli berkata pada 8.25 pagi, beliau terdengar bunyi penggera kecemasan di tingkat satu dan terhidu bau asap.

"Sebaik mendengar bunyi penggera, saya terus pergi ke bilik kawalan pendingin hawa untuk menutup suis utama pendingin hawa tetapi bau asap menjadi semakin kuat," katanya.

Hafiz berkata beliau membuat laporan kepada pihak bomba pada pukul 8.27 pagi selepas melihat kepulan asap tebal keluar melalui tingkap di tingkat lima.
Tags / Kata Kunci: RTM , Wisma TV , bilik server

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan