Polis Tahan Empat Lelaki, Rampas Pedang Samurai, Pisau Rambo

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 4:34 PM

Mior Faridalatrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai dalam perjalanan melakukan kegiatan jenayah dan merampas pelbagai  senjata antaranya pedang samurai dan pisau rambo di Lebuh Farquhar, di sini awal pagi, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata empat lelaki berusia 39 hingga 51 tahun itu ditahan oleh anggota polis yang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 1.20 pagi.

"Polis menahan sebuah kereta jenis Proton Wira warna putih yang dinaiki empat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan awal polis menemui pelbagai peralatan untuk melakukan jenayah dalam kenderaan itu," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata antara peralatan yang ditemukan dalam kenderaan dinaiki empat lelaki berkenaan ialah pisau lipat, pedang samurai, parang, pisau rambo, kayu cota, batang besi, sarung tangan dan penutup mulut.

Selain itu, katanya polis turut merampas sejumlah dadah, dua rangkai anak kunci, beg pakaian dan nombor pendaftaran kenderaan yang dipercayai digunakan ketika mereka menjalankan kegiatan jenayah.

"Polis tidak menolak kemungkinan semua mereka yang berasal dari Kedah itu berada di negeri ini untuk menjalankan kegiatan jenayah seperti pecah rumah, samun dan curi kenderaan. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Mior Faridalatrash berkata semua mereka positif dadah dan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya semua lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. -- Bernama




iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan