Pegawai JPJ Terima Ugutan Bunuh Menerusi WhatsApp

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 1:59 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima ugutan bunuh menerusi aplikasi WhatsApp sebelum bertugas dalam Ops Bersepadu JPJ di Jalan Genting Kelang di sini Jumaat malam.

Sumber dalaman JPJ memberitahu Bernama, ugutan bunuh itu diterima pada kira-kira 5 petang daripada individu tidak dikenali ketika pegawai itu sedang sibuk membuat persiapan bersama-sama anggota lain di lokasi operasi.

"Individu terbabit membuat ugutan akan membunuh pegawai berkenaan sekiranya tidak membatalkan operasi malam ini," katanya kepada Bernama malam tadi.

Pegawai atasan JPJ itu berkata pihaknya beberapa kali cuba menghubungi individu berkenaan namun usaha tersebut gagal.

Beliau berkata JPJ percaya kemungkinan besar individu berkenaan memperoleh nombor telefon bimbit pegawai JPJ itu menerusi surat jemputan yang dihantar menerusi WhatsApp dan e-mel kepada media yang kemudian dikongsi dalam kumpulan.

"Orang awam tidak mungkin dapat memperoleh dengan mudah nombor telefon pegawai JPJ melainkan ada individu tertentu yang menyebarkan surat jemputan itu kepada orang ramai," katanya.

Katanya pihak JPJ akan melakukan siasatan dalaman dan akan membuat  perbincangan dengan penasihat undang-undang JPJ sebelum mengambil tindakan lanjut.

"Kita perlu buat siasatan punca kebocoran maklumat terlebih dahulu dan memandang serius perkara ini," katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: JPJ , WhatsApp , Ops Bersepadu

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan