1MDB: Seorang Lagi Datuk Direman, Tahanan Kedua Dibebas Dengan Jaminan RM100,000

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 1:37 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk menjadi individu keempat yang direman bagi membantu siasatan terhadap dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman empat hari bermula Sabtu terhadap lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret disini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen17(a),AktaSPRM2009 iaitu menerima atau cuba mendapatkan rasuah.

Lelaki berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 7 malam Jumaat ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan, menurut pegawai itu.

Terdahulu, mahkamah sama membebaskan seorang pengarah urusan syarikat yang juga bergelar Datuk selepas direman sejak Rabu bagi membantu siasatan kes yang sama.

Lelaki berusia 54 tahun itu yang merupakan individu kedua direman,  dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk tunai dan RM80,000 lagi jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Menurut SPRM lelaki berkenaan dibebaskan sehari lebih awal kerana soal siasat ke atasnya telah selesai.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Datuk , Putrajaya , SPRM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan