Warga Emas Meninggal Dunia Akibat Tercekik Dodol

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 8:43 PM

Dodol. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang warga emas K. Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini pada Jumaat lepas. 

Kejadian itu disedari isteri mangsa, S.Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira 10 pagi hari tersebut.

Santhaletchmy berkata, dia kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol tersebut dengan menggunakan jari.

"Dodol itu saya dah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Pada mulanya saya nasihat (kepada suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dia dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun pihak hospital memaklumkan suaminya berada dalam keadaan serius sebelum diberitahu Sanmugam meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Santhaletchmy berkata Sanmugam, yang merupakan bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok pada 15 tahun lepas dan pergerakan suaminya terbatas sejak kejadian itu namun dia mampu berjalan sendiri perlahan-lahan beberapa tahun kemudian.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan