Warga Asing Ditahan Cederakan Orang Utan

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang warga asing yang dipercayai menikam orang utan yang ditemui di sebuah ladang di Beluran, yang terletak di pantai timur negeri ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar negeri, William Baya berkata penangkapan itu dibuat selepas siasatan terperinci dilakukan termasuk temu bual dengan beberapa pekerja ladang.

"Kami telah menahan suspek yang memegang pasport sah," katanya.

William berkata orang utan jantan berusia 20 tahun itu ditemui dengan beberapa kesan tikaman.

Orang utan itu diberi nama Gedau yang diambil daripada nama kawasan di mana haiwan itu ditemui.

Beliau berkata sehingga kini Gedau memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan dan mula makan dalam kuantiti yang lebih besar.

Bagaimanapun beliau berkata Gedau memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah Gedau menunjukkan tanda-tanda peningkatan yang positif walaupun kita masih menganggap haiwan itu berada dalam keadaan kritikal.

"Gedau juga berinteraksi dengan baik terhadap doktor haiwan yang merawatnya," kata William ketika dihubungi.

Sebelum ini Gedau diselamatkan Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas ditemui parah dengan kesan parang dan dicucuk dengan objek tajam di sebuah kebun kelapa sawit di Kilometer 65, Jalan Sandakan-Kota Kinabalu.

Orang Utan jantan terbabit diselamatkan Unit Penyelamat Hidupan Liar selepas menerima laporan daripada pemilik kebun mengenai kehadiran haiwan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Pemeriksaan oleh Pegawai Veterinar Hidupan Liar, Dr Laura Benedict, mendapati Orang Utan terbabit luka di bahagian bahu kanan berukuran 13 sentimeter panjang dipercayai kesan parang, manakala empat lagi luka di bahagian dahi disebabkan dicucuk menggunakan objek tajam.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan