1MDB: Pengarah Urusan Bergelar 'Datuk' Direman

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 11:23 AM

Datuk yang juga pengarah syarikat berkaitan 1MDB dibawa keluar dari kompleks mahkamah selepas mendapat perintah tahanan reman di Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia 54 tahun ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana syarikat pelaburan kerajaan itu.

Lelaki itu yang bergelar 'Datuk' ditahan reman selama lima hari oleh Majistret di sini.

Dia tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dan proses reman selesai dua jam kemudian.

Beliau merupakan individu kedua ditahan oleh pasukan petugas yang menyiasat isu 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata, suspek ditahan di sebuah pusat beli-belah pada petang Selasa dan dibawa ke ibu pejabat untuk disoal siasat.

Ahmad Sazilee berkata, suspek akan disiasat kerana menerima rasuah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Pada Selasa, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Putrajaya ditahan reman selama empat hari selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Satu pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah ditubuhkan untuk meneliti isu 1MDB.

Tags / Kata Kunci: 1MDB

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan