Penganjur Perhimpunan Di Sarawak Bakal Berdepan Tindakan - KPN

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 2:40 PM

Pemandangan atas di perhimpunan Sarawak Freedom and Independence Day Walk, Rabu. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penganjur perhimpunan Sarawak Freedom and Independence Day Walk mungkin dikenakan tindakan kerana menganjurkan program yang dikatakan bertujuan menghasut rakyat negeri itu supaya keluar dari Persekutuan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur boleh dikenakan tindakan kerana perkara ini serius dan melibatkan Perlembagaan.

"Menyeru rakyat supaya memerdekakan Sarawak adalah satu perkara yang serius dan kita tak boleh biarkan.

"Perlembagaan kita ada, sebarang tindakan perlu dibuat mengikut Perlembagaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Polis Bantuan Koperasi Polis di i-City, di sini, Rabu.

Khalid berkata, polis mendapati kira-kira 700 orang telah terlibat dalam perhimpunan pagi Rabu.

"Kita memantau apa yang mereka sebut , mesej-mesej yang mereka buat.

"Kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Di Kuching, satu perhimpunan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (Sadia) dan Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S) diadakan bagi  memperingati kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 sebelum bersama-sama Malaya, Sabah dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia.

Polis, pada Selasa telah memberi amaran supaya pihak penganjur membatalkan perhimpunan itu.

Khalid berkata, amaran itu dibuat ekoran pihaknya mampunyai maklumat ada pihak merancang mahu menggunakan acara itu untuk membangkitkan sentimen rakyat Sarawak untuk keluar daripada Malaysia.

Tags / Kata Kunci: S4S , Tan Sri Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan