Mesej Berbaur Ugutan: Ketua Pemuda BN P.Pinang Lapor Polis

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 3:48 PM

Hng Chee Wey (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dato Kramat berikutan menerima mesej berbaur ugutan menerusi 'Like Page' beliau di Facebook, Ahad lepas.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Hng Chee Wey membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej berbaur ugutan menerusi 'Like Page' beliau di Facebook Ahad lepas (19 Julai).

Beliau berkata, laporan itu bagi meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu yang menggunakan nama 'Jeff Koid' di Facebook.

Chee Wey, yang juga Pengerusi Pemuda Gerakan Pulau Pinang, mendakwa mesej itu  susulan daripada tindakan beliau memuat naik status mengenai tanah di Air Itam, di sini yang dibeli oleh 1Malaysia Development Berhad di 'Like Page' berkenaan.

"Bagi saya, ini adalah politik murahan. Kamu tidak boleh menghalang saya dengan ugutan. Jika kamu mahu menamatkan kerjaya politik saya, tolong guna cara demokratik menerusi pilihan raya. Ini adalah peranan kami untuk memantau kerajaan negeri, untuk memantau kerajaan kerana melaksanakan dasar ini.

"Saya harap pihak yang terlibat, tidak kira di mana kamu berada, tolong hentikan politik murahan ini. Ia tidak membawa faedah kepada sesiapa. Hari ini kamu boleh menamatkan kerjaya politik saya tetapi esok banyak lagi anggota kami yang akan turut memantau kerajaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Datuk Keramat di sini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim yang turut hadir berkata budaya menghantar ugutan di sosial media seharusnya dikawal oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri.

Beliau berkata kemudahan di hujung jari itu boleh mengundang padah pada bila-bila masa sekiranya tiada pemantauan dan kawalan daripada pihak berwajib.

"Ugutan terhadap Chee Wey ini satu perkara yang cukup serius. Polis perlu mengambil tindakan seberapa segera. Tindakan segera ini dapat memperlihatkan keadilan kepada Chee Wey," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BN , Hng Chee Wey , SKMM

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan