Bukit Aman Rakam Keterangan Lester Melanyi

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 12:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis sudah mendapatkan keterangan daripada bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi berikutan pendedahannya berhubung komplot oleh pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai dari Bukit Aman berada di Kuching pada 17 dan 18 Julai untuk merakamkan kenyataan Melanyi dan polis Sarawak membantu proses yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bukit Aman itu.

"Mereka juga telah merampas beberapa peralatan komputer. Tiada tangkapan dibuat," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Baru-baru ini Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Lester Melanyi , 1MDB , Bukit Aman

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan