10 Lagi Ditahan Berhubung Kes Gaduh Wangsa Walk

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 4:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi suspek ditahan berhubung insiden pergaduhan antara dua kumpulan remaja di pusat membeli-belah Wangsa Walk dekat sini.

Pergaduhan antara dua kumpulan itu berpunca dari tindakan seorang abang menghalang perhubungan adik perempuannya dengan seorang lelaki.

Difahamkan, lelaki itu keluar bersama remaja perempuan berkenaan tanpa kebenaran abangnya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, 10 individu ditahan berhubung kes tersebut.

"Setakat ini, seramai 21 orang yang direman bagi membantu siasatan.

"Kita mengklasifikasikan kes ini sebagai melakukan rusuhan dengan bersenjata," katanya sambil menambah bahawa kesemua suspek akan direman sehingga 24 Julai ini.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang cedera dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan itu.

Difahamkan, lima yang cedera dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi dan topi keledar.  

Tags / Kata Kunci: Wangsa Walk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan