APMM Tunggu Keputusan Ekstradisi 8 Suspek MT Orkim Harmony

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih menunggu keputusan pihak Vietnam untuk mengekstradisi kelapan-lapan suspek kapal tangki MT Orkim Harmomy ke Malaysia, kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar.  

Katanya, beliau bersama lima pegawai kanan APMM berada di Hanoi pada minggu lepas bagi menguruskan keperluan berhubung ekstradisi kelapan-lapan suspek yang kini ditahan pihak Vietnam pada 19 Jun. 

"Selain itu, semua cap jari dan DNA kelapan-lapan suspek telah diambil. Kita juga menganalisis data komunikasi daripada telefon bimbit dan telefon satelit dimiliki mereka. 

"Kita masih menunggu jawapan dari pihak Vietnam. Saya yakin tiada masalah untuk membawa mereka (suspek) balik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Ahmad Puzi berkata, pegawai-pegawai kanan itu akan kembali ke Hanoi selepas Hari Raya Aidilfitri bagi meneruskan usaha mengektradisi kelapan-kelapan suspek agar mereka menghadapi pendakwaan di Malaysia.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang. 

Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Puzi Ab Kahar , APMM , MT Orkim Harmony

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan