Seorang Maut, 20 Selamat Kapal Kargo Malaysia Condong Di Laut

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEKURANG-kurangnya seorang anak kapal dilaporkan maut, manakala 20 lagi berjaya diselamatkan pada Jumaat, selepas kapal kargo Malaysia mengalami masalah condong di laut ketika dalam perjalanan dari Loreto Dinagat, Filipina.

Kapal kargo MV Alam Manis itu menuju ke Lianyungang, China.

Malaysian Bulk Carriers Berhad (MBC) berkata satu daripada kapalnya dengan 20 anak kapal Filipina, membawa 53,795 tan metrik bijih nikel pukal ketika ia bertolak pada 12 Julai. Kapal itu mula condong sebanyak 14 darjah sisi kanan pada Rabu.

Oleh kerana keadaan cuaca yang buruk, kargo di petak No 1 dan 2 telah beralih menyebabkan kapal itu condong sebelum kapal penyelamat dihantar pada Jumaat untuk menyelamatkan dan mengiringi kapal terbabit ke pelabuhan terdekat di San Fernando, utara Luzon.

"Kapal terbabit telah memaklumkan mengenai masalah yang berlaku kira-kira 255 batu nautika di tenggara Taiwan.

"MBC dengan segera mengadakan Pusat Kawalan Krisis (CCC) dan kapal itu diarahkan untuk meneruskan perjalanan ke pelabuhan terdekat.

"Bagaimanapun pada hari Jumaat, pada kira-kira pukul 2.55 petang, keadaan condong bertambah buruk hingga 20 darjah sisi kanan dan pada jam 6.05 petang, satu keputusan dibuat untuk mengosongkan kapal itu demi kepentingan keselamatan anak-anak kapal dengan bantuan bot tunda penyelamat," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, Sabtu.

Seorang petugas MBC telah dihantar segera ke San Fernando dan usaha dibuat untuk menstabilkan kapal itu serta mengeluarkan kargo sebelum kapal berkenaan ditunda ke limbungan pembaikan.

"Kami amat sedih kerana seorang daripada rakan sekerja kami di kapal Alam Manis telah kehilangan nyawa ketika situasi kecemasan di atas kapal itu.

Kenyataan itu tidak menyatakan bagaimana anak kapal itu meninggal dunia serta nama mangsa.

"Kami lega kerana mereka yang lain di atas kapal kini selamat," kata ketua pegawai eksekutif MBC, Kuok Khoon Kuan dalam kenyataan yang sama.

MBC juga akan menjalankan siasatan dalaman dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa berkaitan dalam menyiasat kejadian tragik ini, katanya.- Bernama  

 

Tags / Kata Kunci: MV Alam Manis , kapal kargo , Malaysia , Filipina

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan