Suspek Utama Kes Bunuh Pemilik Kedai Telefon Bimbit Ditahan - Polis

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 7:35 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Dua termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes pembunuhan seorang pemilik kedai telefon bimbit di Taman Melawis di sini, Khamis lepas. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abdul Razak berkata polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan suspek utama kes kira-kira 7.50 malam Jumaat di Taman Wira Andalas di sini.

"Sebelum itu, polis menahan seorang wanita di Taman Sentosa bagi membantu siasatan kes," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Kumaran Parathaman, 25, yang memiliki kedai telefon bimbit di Jalan Tengku Kelana di sini, ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut di tepi Jalan Emas, Taman Melawis kira-kira 10.40 malam Khamis lepas.     

Azman berkata berdasarkan siasatan, suspek mengaku terlibat dalam pembunuhan itu selain memberitahu pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dibuang di sekitar Shah Alam. 

"Suspek mengaku mengikut dan kemudian menahan mangsa yang menaiki motosikal sebelum berlakunya pergelutan...suspek mengaku menikam mangsa,"katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan