'Motosikal Raya' Hangus Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 4:36 PM

Mangsa, Diana Awang, 29, melihat keadaan motorsikalnya yang hangus terbakar dalam kejadian 6 pagi tadi, di Taman Desa Batu Caves, pagi Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang pemuda untuk bergaya dengan motosikal baharunya semasa Hari Raya berkecai apabila motosikalnya antara 11 motosikal yang hangus dalam kebakaran pada awal hari raya kedua, di Taman Desa Batu Caves, di sini. 

"Anak saya ini sayang sangat motor dia, nak pakai masa Hari Raya katanya, sampai motor itu yang dibeli seminggu sebelum Ramadan disimpannya sahaja dan naik motor lamanya. 

"Tak sangka pula pagi ini boleh terbakar. Waktu saya dan anak tersedar dah tak boleh buat apa lagi," kata bapa kepada pemuda yang enggan dikenali itu semasa ditemui di tempat kejadian. 

Seorang lagi mangsa Diana Awang, 29, berkata beliau menyedari kebakaran berkenaan selepas terdengar bunyi letupan kuat pada kira-kira pukul 6.30 pagi.

"Itu sahajalah satu-satunya pengangkutan saya, itu pun baharu belibulan Julai tahun lepas," katanya yang berasal daripada Sabah.

Pekerja syarikat swasta itu berkata beliau akan menumpang kawan-kawannya untuk ke tempat kerja buat sementara waktu sehingga tuntutan insurans motornya selesai.   

Pengerusi Penduduk Taman Desa Batu Caves Y. Velayuthaam berkata penduduk disitu pagi tadi cuba menyelamatkan motosikal lain yang diletakkan bersama deretan motosikal yang terlibat dalam kebakaran.   

"Sebanyak lapan motor dapat kami pindahkan, tak mudah sebab semua motor dikunci dan ada tuan motor yang telah pulang ke kampung, kami juga cuba padamkan api sebelum bomba sampai tetapi tidak berjaya," katanya.   

Beliau berkata tiga tahun lepas, empat kereta terbakar di lokasi sama dan masih tidak dapat dikenalpasti sama ada ianya perbuatan sabotaj.   

Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat yang ditemui di lokasi kejadian berkata sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 7.08 pagi.   

"Api dapat dipadamkan kurang daripada 30 minit kemudian, punca kebakaran masih disiasat," katanya yang tidak menolak faktor khianat sebagai salah satu punca.

Tags / Kata Kunci: Motosikal Raya , Terbakar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan