Dua Maut Kemalangan Di Bentong Pada 1 Syawal

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 1:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua maut, dua parah manakala enam lagi cedera selepas kereta dinaiki dua keluarga bertembung sehingga menyebabkan kenderaan mereka berpusing beberapa kali di atas jalan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata kemalangan pada 4.50 petang itu di KM9 Jalan Sertik-Karak dekat Bentong, melibatkan kereta jenis Perodua Alza dan Proton Wira.

"Pemandu Perodua Alza, Alif Najmi Guan Abdullah bersama lima anggota keluarganya dalam perjalanan dari arah Sertik, Karak menghala ke Mempaga.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, dipercayai kenderaan mereka terbabas ke bahu kiri jalan, namun berjaya naik semula dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah hadapan.

"Akibat itu kedua-dua kenderaan tersebut berpusing beberapa kali sebelum berhenti di laluan arah ke Karak," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata siasatan mendapati jalan di situ agak sempit, berselekoh dan sedikit menuruni bukit.

Katanya mangsa yang maut ialah Alif Najmi Guan, 50, dari Jalan Haji Ahmad di sini dan pemandu Proton Wira, Ali Bakar Maat, 33, dari Felda Sertik, Karak.

Mangsa yang parah pula ialah isteri Ali Bakar iaitu Naziatulazura Abu Bakar, 27, yang kini dirawat di Hospital Bentong dan anak perempuannya, Nor Nurin Khairunissa, 6, yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

"Seorang lagi anak Ali Bakar, FakrulQayyum yang berusia tiga tahun hanya cedera ringan," katanya.

Mohamad Nor berkata lima anggota keluarga Alif Najmi Guan iaitu isterinya Fatimah Kamarudin, 34, bersama dua anak perempuan mereka, Farah Nur Adiya, 14, dan Aleeya Nur Aisya, 9, hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Bentong.

"Sementara dua lagi penumpang yang merupakan ibu mertua kepada Alif Najmi Guan, Siti Meriam Amat, 61, dan anak saudara mangsa, Nor Rabiatul Adaw Yah Mohd Fadzil yang berusia sebulan juga cedera ringan dan dirawat di hospital sama," katanya.

Tags / Kata Kunci: maut , kemalangan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan