Bot Karam: Empat Mati Lemas, Tiga Hilang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 10:20 AM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

TANJONG KARANG: Empat mati lemas dan tiga  hilang selepas sebuah bot yang membawa 14 orang karam dekat sini semasa upacara membuang abu mayat anggota keluarga di laut malam Khamis, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Penolong Pengarahnya Mohd Sani Harul berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 7.05 malam berhampiran sebuah boya kira-kira dua batu nautika dari pantai bagan Sungai Kajang.

Sebanyak 12 anggota bomba dan anggota penyelamat yang dikerahkan ke tempat kejadian menemukan mayat tiga wanita dan seorang lelaki manakala enam lelaki dan seorang wanita diselamatkan sebuah bot nelayan, katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp kepada Bernama.

"Tiga lelaki hilang dalam kejadian itu. Pemandu bot yang diselamatkan dalam kejadian itu, keadaannya agak kritikal dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Kesemua mayat yang ditemukan telah diserahkan kepada pihak polis, katanya dan menurutnya punca bot itu karam masih belum dikenal pasti.

Mohd Sani berkata operasi bersepadu mencari tiga lelaki yang hilang disambung pagi ini dengan bantuan anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Mohd Sani berkata kesemua 14 orang yang berada dalam bot itu terdiri daripada lima pekerja bot dan sembilan anggota keluarga.

"Tiga mangsa yang hilang ini melibatkan dua anggota keluarga dan seorang pekerja bot," katanya.

Beliau pihak berkuasa juga telah berjaya mengesan bot karam berkenaan di lokasi kejadian dengan separuh daripadanya timbul di permukaan air.

Tags / Kata Kunci: bot karam , Mohd Sani Harul

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan