Insiden Low Yat: Reman Papagomo Dilanjutkan

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 6:22 PM

Papagomo

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wan Mohd Azri Wan Deris atau blogger Papagomo terus ditahan reman.

Peguamnya, Ahmad Shuaib Ismail, berkata polis sedang menyiasat anak guamnya di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Ahmad Shuaib tidak pasti sama ada Papagomo akan dibebaskan pada Jumaat apabila tempoh reman berakhir, sambil menyatakan bahawa Papagomo tidak boleh didakwa pada Jumaat kerana cuti Hari Raya.

Papagomo ditangkap pada malam Selasa kerana didakwa menyiarkan gambar mangsa rompakan di laman media sosialnya dan mengaitkannya dengan pergaduhan di Plaza Low Yat Plaza pada Ahad.

Polis telah memberikannya masa sehari untuk menyerah diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Pada Selasa, polis pergi ke rumahnya dan menangkapnya.

Ahmad Shuaib juga menafikan bahawa anak guamnya terlibat dalam posting artikel perkauman ke laman Facebook baharu yang dikenali sebagai Papagomo Original.

"Anak guam saya berada di lokap pada masa posting dibuat, jadi tidak mungkin dia melakukannya. Dia tidak terlibat dalam hal ini," kata beliau.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan