Ketua Umno Bahagian Bagan Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 8:57 PM

Datuk Dr Shaik Hussein Mydin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk Dr Shaik Hussein Mydin yang ditahan berkaitan komen yang dibuat mengenai pergaduhan di Plaza Low Yat telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad mengesahkan bahawa Shaik Hussein dibebaskan kira-kira pukul 4.30 petang, Khamis.

Beliau telah ditangkap pada Rabu, beberapa minit sebelum sidang akhbar yang dijadualkan diadakan di luar ibu pejabat polis di Bukit Mertajam.

Shaikh Hussein dipercayai mencatat mesej mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kumpulan mesej Telegram.

Asmawati berkata blogger Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris, akan berada dalam tahanan polis sehingga Jumaat.

Dia telah ditangkap oleh pegawai-pegawai di rumahnya pada malam Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung dengan kejadian di luar Plaza Low Yat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan