Lelaki Miliki Ganja Ditahan Dalam Ops Khas Motosikal

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 12:06 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki ganja seberat 7.2 gram dalam Ops Khas Motosikal di sini malam Rabu.

Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Sahidi Din berkata lelaki berumur lingkungan 20-an itu didapati turut positif dadah.

Beliau berkata ia merupakan tangkapan pertama di Perak sejak operasi dijalankan pada 11 Julai lalu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Perak, Ramli Awang Seberang berkata sebanyak 110 kes dilapor termasuk 87 kes saman sementara sebuah motosikal disita sepanjang operasi setakat ini yang bertujuan mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian di jalan raya semasa musim perayaan.

Tags / Kata Kunci: Ops Khas Motosikal , ganja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan