Bukit Aman Nafi Remaja Melayu Rancang Pergaduhan Besar - Berita Jenayah | mStar

Bukit Aman Nafi Remaja Melayu Rancang Pergaduhan Besar

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 1:09 PM

Asmawati Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman menafikan mesej di media sosial bahawa remaja Melayu diminta membawa senjata dan berkumpul di pusat bandar untuk pergaduhan besar.

Polis juga meminta rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan mesej berbaur kebencian seperti memanggil pergaduhan kaum atas nama agama dan maruah bangsa.

"Semua mesej ini tidak benar dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat untuk menghancurkan keamanan dan keharmonian negara," kata Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM, Datin Asmawati Ahmad.

Beliau berkongsi dua mesej yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang memperincikan bagaimana penerima mesej mendapat maklumat 'boleh dipercayai' dari sumber untuk tidak memprovokasi orang Melayu dan menjauhi kawasan yang dipenuhi kaum Cina.

Ia juga termasuk maklumat anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) akan pulang dari Syria untuk menyembelih kaum Cina berikutan insiden di Plaza Low Yat minggu lalu.

Asmawati berkata polis tidak melihat pergaduhan pada hujung minggu lalu ada kaitan dengan isu perkauman.

Malah, katanya keadaan sudah kembali tenang.

"Tiada rancangan untuk pergaduhan kaum. Ia adalah kerja pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang cuba memanipulasi isu ini bagi mencetuskan ketegangan kaum.

"Kami akan menyiasat mereka yang menyebarkan mesej ini di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.


Tags / Kata Kunci: Plaza Low Yat , pergaduhan besar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan