Dua Tentera Cedera Ditembak Di Sempadan Malaysia-Thailand

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua anggota tentera cedera ditembak dipercayai oleh penyeludup ketika sedang meronda di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Pos Machang, Tanah Merah, Selasa.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian kira-kira 5.35 petang itu, anggota tentera berusia 26 dan 29 tahun dari Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (RS) itu ditembak dari jarak 30 meter menggunakan senjata jenis 'shotgun'.

"Mangsa berusia 29 tahun cedera di kedua-dua pahanya manakala seorang lagi cedera di paha kiri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini Rabu.

"Kita akan minta bantuan Thailand untuk siasat kes ini dan setakat ini suspek telah kita kenal pasti dan percaya suspek lebih daripada seorang," katanya.

Mazlan menasihatkan penduduk supaya menjauhi kawasan sempadan buat masa ini atas faktor keselamatan.

Menurutnya, walaupun ada cubaan menakut-nakutkan agensi keselamatan di sempadan, pihak berkuasa tidak sesekali gentar menjalankan tugas yang diamanahkan.

"Saya mahu beritahu penyeludup, kita tidak akan gentar malah rondaan mencegah penyeludupan akan terus diadakan," katanya.

Mazlan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu di TUMPAT, Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Datuk Azmy Yahya berkata kejadian tersebut tidak akan menjatuhkan moral anggotanya yang bertugas mengawal sempadan negara.

"Tindakan pengecut yang dilakukan suspek berkenaan tidak sesekali akan membuat kami takut, malah akan menjadikan kami lebih kuat.

"Satu laporan polis telah dibuat semalam dan kami juga akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Di bawah Op Wawasan 1, Op Wawasan 2, Op Merpati 1 dan Op Merpati 2, Angkatan Tentera Malaysia ditugaskan mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sejauh 129 kilometer, melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.
Tags / Kata Kunci: Datuk Mazlan Lazim , Rejimen Sempadan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan