Polis Marin Rampas 10 Ekor Lembu Bernilai RM100,000

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 6:34 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 10 ekor lembu jantan jenis 'Limousin' bernilai kira-kira RM100,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini dalam serbuan di Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, awal pagi Rabu.

Pegawai Pemerintahnya ASP Mohd Nawi Yunus berkata serbuan itu dilakukan selepas menjalankan intipan lebih dua jam hasil maklumat yang disalurkan Unit Risikan Marin.

"Beberapa anggota yang menjalankan intipan telah ternampak beberapa lelaki sedang menarik sebelum menambat beberapa ekor lembu di sebelah jalan raya Kampung Simpangan ke kawasan bendang di kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota polis," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, Rabu.

Mohd Nawi berkata beliau percaya lembu berkenaan dibawa masuk dari negara jiran bagi memenuhi permintaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini.

"Kes akan dirujuk ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Tags / Kata Kunci: lembu Limousin , ASP Mohd Nawi Yunus

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan