Insiden Plaza Low Yat: Polis Sangkal Dakwaan Tidak Siasat Menyeluruh

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 7:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menyangkal laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa mereka tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa menegaskan polis sememangnya menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden itu yang meliputi kecurian, merusuh, perlakuan khianat dan hasutan di samping mengenal pasti punca sebenar insiden terbabit.

"Polis Kuala Lumpur telah membuka kertas siasatan untuk kes kecurian dengan pertuduhan terhadap seorang suspek telah dilakukan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Selain itu, terdapat lima individu yang telah ditangkap di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan khianat manakala seorang lagi individu telah ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tajudin turut menasihatkan masyarakat khususnya badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis.


"Saya juga menyeru orang ramai supaya tampil ke balai polis berdekatan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan insiden ini agar siasatan yang dijalankan polis telus dan meliputi segala aspek," katanya.

Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu kepada polis, lanjutan daripada itu, rakan lelaki terbabit menghubungi rakan-rakannya lain lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM70,000.

Pada Ahad, dianggarkan beratus-ratus orang dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan polis berkumpul di hadapan plaza itu mulai 8 malam, sehingga berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.

Sehingga kini polis menahan 25 individu yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan