Imigresen Selamatkan 30 Wanita

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 3:44 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak 30 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan Jabatan Imigresen Melaka di dua buah rumah teres dua tingkat di Taman Merbok, Bukit Katil di sini malam Selasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata dalam serbuan kira-kira 10 malam itu, mereka yang diselamatkan terdiri 27 warga Indonesia dan tiga warga Kemboja berusia antara 16 hingga 40 tahun yang dikurung dalam rumah berkenaan.

Beliau berkata sindiket pemerdagangan manusia itu berjaya dikesan selepas seorang daripada mangsa sindiket iaitu wanita warga Indonesia berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ketika sedang bekerja mencuci sebuah rumah di Ayer Keroh kira-kira 8 malam tadi.

"Pihak imigresen dimaklumkan perkara tersebut selepas dihubungi pihak polis dari Balai Polis Ayer Keroh kira-kira pukul 8.30 malam sebelum bergegas ke kedua-dua rumah tersebut di taman berkenaan.

"Apabila sampai di kedua-dua rumah tersebut didapati semua pintu di rumah berkenaan dikunci dan selepas diketuk dua wanita warga tempatan membuka pintu," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Abu Bakar Sidek berkata siasatan awal mendapati kesemua wanita tersebut dipaksa bekerja sebagai tukang cuci di sekitar Melaka Tengah tanpa dibayar gaji.

Katanya wanita terbabit perlu mencuci tiga rumah sehari antara pagi hingga 9 malam dan mereka dihantar dari rumah ke rumah dengan menaiki sebuah van.

"Mereka tidak dibenarkan keluar rumah yang diduduki atau menggunakan telefon bimbit selain diberi makan sekali sehari," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati 15 daripada mangsa masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah, 13 lagi memiliki pas lawatan sementara dan dua tinggal lebih masa.

Katanya semua wanita itu berada dalam keadaan selamat dan sihat serta akan diberi perlindungan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, seorang daripada mangsa berumur 35 tahun, dari Lombok, Indonesia berkata dia datang ke negara ini melalui ejen untuk bekerja sebagai tukang cuci pada September 2009 dan dalam tempoh itu hanya sekali mendapat gaji sebanyak RM700.

"Pada tahun ini sudah tiga lebaran Adilfitri saya tidak dapat pulang ke kampung memandangkan kami tidak boleh keluar ke mana-mana," katanya.

Seorang lagi mangsa berumur 28 tahun yang juga dari Lombok berkata sejak bekerja dengan majikannya pada Ogos tahun lepas, dia tidak pernah mendapat bayaran gaji selain tidak boleh berhubung dengan sesiapa.

"Majikan juga tidak membenarkan kami bersolat dan sekiranya kami solat gaji akan dipotong," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Imigresen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan