Tiga Lagi Dalang Pemerdagangan Manusia Wang Kelian Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 4:24 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lagi dalang yang disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia yang dikaitkan dengan penemuan kubur di sempadan Malaysia-Thailand, Wang Kelian, Perlis pada Mei lepas.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tangkapan berkenaan dan juga jumlah mereka yang ditahan setakat ini.

Katanya operasi terhadap mereka yang terlibat masih giat dilaksanakan terutama untuk mengesan dalang utama kes iaitu individu yang dikenali sebagai Yassin.

Siasatan polis bukan setakat mengebumikan mayat yang menjadi mangsa tetapi kami akan tetap meneruskan siasatan sehingga dapat kesan dalang sebenar sindiket berkenaan.

Polis masih lagi berkongsi maklumat dengan rakan kita (polis Thailand) dan kami akan menjejaki suspek utama kes ini, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini, Selasa.

Khalid berkata selain menangkap suspek, polis turut merampas kesemua harta benda milik mereka.

Pada 25 Mei lepas, Khalid mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Sebanyak 106 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket ditemui, dan operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa ditamatkan 8 Jun lepas.

Kumpulan pertama 21 jenazah mangsa sindiket itu dikebumikan pada 21 Jun lepas diikuti kumpulan kedua sebanyak 30 jenazah beberapa hari selepas itu.

Kumpulan ketiga dan keempat pula, masing-masing 24, dikebumikan pada 4 dan 6 Julai lepas.

Tags / Kata Kunci: Wang Kelian

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan