Peniaga Emas Rugi RM70,000 Dirompak Lelaki Bersenjatakan Tukul Besi - Berita Jenayah | mStar

Peniaga Emas Rugi RM70,000 Dirompak Lelaki Bersenjatakan Tukul Besi

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 8:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga wanita kerugian kira-kira RM70,000 apabila kedai emas milik ibunya di Dataran Austin, Gong Badak, di sini dirompak seorang lelaki petang Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, peniaga yang berusia 31 tahun itu sedang melayan dua pelanggan di dalam premis berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan tukul besi.

Katanya lelaki yang menutup muka dan kepalanya terus meluru masuk ke premis berkenaan dan menghayun tukul besi serta memecahkan cermin pameran di kedai itu.

"Suspek hanya berjaya mengambil setengah dulang barang kemas dan terus menuju ke kereta yang diletakkan di hadapan premis tersebut dengan enjin masih hidup sebelum melarikan diri.

Kejadian berlaku amat pantas yang mana suspek hanya mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 saat untuk melarikan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM70,000 itu," katanya pada sidang media di sini Selasa.

Menurutnya sebelum itu, peniaga wanita berkenaan ada ternampak sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih tanpa nombor pendaftaran berhenti di hadapan kedai namun dia tidak mengesyaki sesuatu.

Katanya hasil siasatan awal, pihaknya mendapati premis itu baharu beberapa bulan beroperasi dan masih belum dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.

"Kita dapati kamera litar tertutup (CCTV), alat penggera (masih tidak dipasang) malahan cermin pameran juga belum dipasangkan jeriji," katanya.

Wan Abd Aziz berkata pihaknya akan terus meningkatkan rondaan di kedai emas sepanjang musim perayaan ini namun pihak polis juga tidak boleh berada di kedai emas setiap masa.

Beliau berharap pemilik kedai emas di negeri ini dapat menambah baik sistem keselamatan di premis mereka dan jika berkemampuan, diminta mengambil pengawal keselamatan bagi menggelakkan insiden seperti itu berulang.

Katanya gerakan memburu suspek kini giat dilaksanakan dan beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian itu dan terserempak dengan lelaki yang memandu Perodua Myvi tanpa nombor pendaftaran memaklumkan kepada pihak polis dengan kadar segera.

Tags / Kata Kunci: rompakan , kedai emas
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan