Mayat Lelaki Disumbat Dalam Bagasi Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 10:44 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki yang disumbat di dalam sebuah bagasi ditemui diletakkan di dalam longkang di Kota Damansara di sini petang Selasa.

Penemuan mengerikan di Jalan Cecawi 6/30, Sek 6 dilaporkan seorang pejalan kaki yang terlihat bagasi tersebut kira-kira pukul 1.15 petang.

"Apabila kami tiba, kami menjumpai beg yang dibalut dengan plastik putih.

"Kami percaya lelaki tersebut meninggal dunia dalam tempoh 48 jam lalu," kata sumber polis.

Menurut sumber, tangan mangsa diikat dengan kabel berwarna kuning manakala lututnya dengan kain hijau.

"Kepala mangsa juga dibungkus dengan beg plastik.

"Mangsa menggunakan baju-T hijau bersaiz besar, tali pinggang dan sepasang jeans gelap," katanya.

Pemeriksaan rapi ke atas mayat itu tidak mendedahkan sebarang kecederaan fizikal.

"Kami percaya lelaki tersebut dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di sana," katanya.

Mayat tersebut dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Difahamkan seorang saksi ternampak seorang lelaki membawa bagasi tersebut di sebuah perhentian bas berdekatan kawasan itu kira-kira pukul 11.20 pagi.

Suspek digambarkan berbadan sederhana besar, berambut pendek, berusia dalam 30-an, memakai kasut sukan dan baju-T berwarna kelabu serta berseluar jeans.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim mengesahkan insiden tersebut dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh.

Tags / Kata Kunci: mayat , bagasi , Kota Damansara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan