Bayi Perempuan Cukup Sifat Ditemui Di Taman Permainan

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 10:01 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang bayi perempuan cukup sifat dan sihat ditemui di Taman Permainan Rekreasi Malawati berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Marang, di sini petang Selasa.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui sekumpulan lima remaja lelaki yang berada di taman terbabit kira-kira pukul 1.30 tengah hari Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Adli Mat Daud berkata salah seorang daripada pelajar terbabit telah mendengar tangisan bayi berhampiran mereka ketika mereka sedang melepak di taman itu.

Katanya curiga dengan tangisan itu, pelajar yang berusia 16 tahun bersama empat lagi rakannya mencari arah tangisan sebelum menemui seorang bayi yang dibalut dengan tuala.

"Sebaik menemui, mereka melihat seorang bayi dibalut dengan tuala warna biru dan masih bertali pusat berada di atas bangku di taman tersebut dan bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya bayi berkenaan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Marang sebelum bawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar dapat menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat atau menghubungi Balai Polis Marang di talian 09-6182222.
Tags / Kata Kunci: buang bayi , taman permainan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan