Lima Cedera Dalam Serangan di Plaza Low Yat

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima individu cedera, dengan tiga daripada terdiri daripada wartawan dalam serangan yang berlaku berhampiran dengan Plaza Low Yat  selepas polis berjaya menyuraikan kumpulan perusuh yang berhimpun di hadapan pusat beli belah berkenaan.

Seorang saksi berkata rusuhan dipercayai bermula apabila kira-kira 50 hingga 60 lelaki merempuh masuk melalui kedai masuk makanan yang terletak berhampiran dengan pusat beli belah tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Antara mereka yang menjadi sasaran kumpulan tersebut adalah jurugambar. Seorang wartawan yang cuba melindungi seorang jurugambar daripada serangan tersebut turut dipukul.

Menurut wartawan, orang awam turut bertindak nekad melindungi dua wartawan yang diserang oleh kumpulan perusuh tersebut. Dua wartawan berkenaan kemudiannya keluar untuk menyelamatkan diri dengan bersembunyi di hotel berhampiran.

Ketika berita ini ditulis, dipercayai pihak polis telah menahan enam individu yang terlibat dalam serangan berkenaan.

Dua kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 1 pagi.

Turut kendengaran bunyi letupan di tempat kejadian.

Pihak polis telah mengawal pintu masuk utama ke pusat beli belah tersebut.

Terdahulu, pada awal pagi Isnin sekumpulan lelaki berkumpul di Plaza Low Yat berikutan kekecohan yang berlaku apabila seorang pelanggan mendakwa dia ditipu oleh penjual telefon bimbit pintar di salah sebuah kedai di pusat beli belah berkenaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan.

Tags / Kata Kunci: serangan , Plaza Low Yatt , cedera

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan