Kes Curi Punca Insiden Pergaduhan Di Plaza Low Yat - KPN

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 6:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Insiden yang mengakibatkan pergaduhan di Plaza Low Yat pada Ahad bermula daripada kes kecurian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, dua lelaki ditahan pada pukul 7.50 malam Sabtu apabila seorang suspek disyaki mencuri sebuah telefon di sebuah kedai di dalam gedung itu dan seorang lagi merupakan rakannya.

Menurut Khalid, kedua-dua suspek ditahan oleh pekerja kedai telefon berkenaan, Oppo Malaysia dan menyerahkannya kepada pengawal keselamatan yang kemudiannya menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek pencuri itu ditahan di dalam lokap manakala rakannya dibebaskan atas budi bicara tanpa merujuk kepada pegawai atasan.

"Suspek (rakan) kemudiannya mereka-reka cerita kepada rakan-rakannya dan mengatakan bahawa (pekerja) Oppo menipu mereka, tetapi sebenarnya mereka mencuri telefon itu dari kedai lain dan bukannya Oppo," kata Khalid kepada pemberita di Plaza Low Yat selepas membuat tinjauan di gedung itu pada Isnin.

Menurut rakannya, dia mempunyai resit pembelian tetapi ia tidak benar apabila kami membuat pemeriksaan.

"Dia juga mendakwa telah membuat laporan kepada kita tetapi tiada apabila kita membuat semakan dalam sistem. Dia menipu. Jadi hentikan menyebarkan berita tidak benar," kata Khalid.

Tambah Khalid, polis juga memangil pekerja Oppo untuk membantu siasatan.

Polis menahan 19 orang, berusia antara 19 dan 26 tahun dan direman selama empat hari bermula Isnin.

Khalid berkata, polis akan memantau kenyataan di media sosial yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.

Pada Sabtu lalu, satu pergaduhan berlaku selepas sekumpulan remaja datang ke kedai di aras bawah Plaza Low Yat.

Insiden itu membawa kepada himpunan kira-kira 100 orang yang memulakan kekecohan di plaza itu pada pukul 6.30 petang Ahad.

Kumpulan itu berhimpun bagi membuat bantahan yang mendakwa polis menjalankan siasatan bersifat "berat sebelah".

Khalid berkata, pegawai penyiasat yang membebaskan rakan suspek akan disoal siasat.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Plaza Low Yat

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan