Wanita Bogel Ditemui Di Dalam Longkang Di Penampang

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 5:00 PM

Wanita bogel ditemui di dalam sebuah longkang di Penampang.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kes seorang wanita tidak sedarkan diri yang ditemui dalam keadaan berbogel di dalam longkang berhampiran sebuah restoran makanan laut di Penampang.

Gambar wanita tersebut yang dalam keadaan berbogel di dalam longkang tersebar di laman media sosial.

Wanita tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan ditemui pejalan kaki kira-kira tengah hari Khamis.

Menurut entri di media sosial, wanita tersebut dipercayai dirogol dan juga dipukul berdasarkan kesan lebam dimukanya.

Namun polis masih belum mengesahkan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Rosley Hobdin berkata wanita tersebut dihantar ke hospital untuk rawatan selepas ditemui.

"Dia perlu diperiksa dan dirawat sebelum kami boleh merakamkan keterangan daripadanya," kata Rosley.

Tags / Kata Kunci: wanita bogel , Penampang

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan