MT Orkim Harmony: Vietnam Jadi Saksi Jika Perampas Didakwa

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 11:36 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranyadakwaan ke atas perampas kapal tangki MT Orkim Harmony dijalankan di negaraini, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM,Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata keputusan sama ada kelapan-lapan suspek itu yang kini berada dalam tahanan pihakberkuasa Vietnam akan diekstradisi ke Malaysia, dijangka diketahui dalam tempoh tiga atauempat hari lagi.

Beliau berkata lima pegawai kanan APMM yang diketuai Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim,Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar kini berada di Hanoi bagi menguruskan keperluan berhubung perkara tersebut.

"APMM secepat mungkin mahu membawa suspek ke Malaysia, tetapi pendirian Vietnamperlu diambil pertimbangan kerana mereka juga mahu membuat siasatan dengan melihat data kelapan-lapansuspek.

"Vietnam mahu lihat sama ada suspek terlibat dengan jenayah terdahulu kerana negara itu mempunyairekod rompakan di laut," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Menteri di JabatanPerdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama warga APMM di sini Rabu malam.

Ahmad Puzi berkata kerjasama membabitkan anggota ASEAN khususnya Vietnam, Indonesia, Filipina, Singapura serta negara serantau seperti Australia amat diperlukankhusus berkaitan aspek yang tidak dimiliki Malaysia.

Beliau berkata Kuala Lumpur dan Hanoi sememangnya bekerjasama rapat dan mahumeletakkan landasan yang betul dalam menjalankan siasatan berhubung kes rompakan kapal itu.

"Kerjasama dengan rakan kita khususnya pengawal pantai Hanoi nampaknya telahdapat dilaksanakan seperti bertukar-tukar maklumat siasatan yang telah kita laksanakan di negaraini dan sebaliknya," katanya.

Mengenai alat komunikasi yang ditemukan daripada suspek ketika mereka ditahan, beliau berkata APMM kini giat menganalisis data daripada 27 telefon bimbit yang dijumpai untuk diselaras dengan maklumat sedia ada bagi mengetahui sama ada kelapan-lapansuspek mempunyai kaitan dengan kes rompakan di laut sebelum ini.

"Kita mahu melihat siapa sebenarnya dalang bagi segala aktiviti rompakan di perairan kita dansiapa yang membiayai usaha ini," jelas Ahmad Puzi.

Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilapor hilang pada pukul 8.57 malam pada 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka menuju Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Lapan suspek kemudiannya ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam pada 19 Jun.

Tags / Kata Kunci: MT Orkim Harmony , Vietnam

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan