Polis Tahan Dua Suspek IS Rancang Serang KL

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam ditahan polis berikutan rancangan untuk menyerang Kuala Lumpur.

Sasaran mereka dipercayai di kawasan tumpuan pelancong dan di pusat-pusat hiburan di bandar.

Suspek pertama berusia 28 tahun telah ditangkap oleh Bahagian Keganasan Kaunter Cawangan Khas Bukit Aman pada 2 Julai lalu.

Dan diikuti dengan penangkapan suspek kedua berusia 31 tahun pada 7 Julai.

Supek berusia 28 tahun itu terpengaruh dengan ideologi IS sejak tahun 2012 dan menerima arahan daripada ketua-ketua IS di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek pernah rapat dengan Ahmad Effendi Manaf.

Katanya, suspek kedua telah pergi ke Syria awal tahun 2014 dan kembali ke Malaysia pada Ogos tahun yang sama selepas mengalami kecederaan ketika berperang di Syria.

"Kami percaya kedua-dua suspek mengadakan perjumpaan sejak tahun lalu. Ia sangat membimbangkan kerana mereka secara terus menerima arahan daripada ketua IS di Syria untuk melakukan serangan di negara sendiri," kata Khalid.

Tambah Khalid, modus operandi terbaharu mereka 'lebih kurang sama' dengan serangan yang berlaku di Kuwait, Perancis dan Tunisia bulan lalu.

Khalid menyeru kepada semua anggotanya untuk terus berjaga-jaga dan tidak membiarkan serangan berlaku di tanah Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan