Empat Maut Selepas Lori Rempuh Treler

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Empat orang dilaporkan maut setelah sebuah lori  merempuh sebuah treler di Km 141, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Pagoh awal pagi Khamis.

Yang maut merupakan pemandu dan kelindan kedua-dua kenderaan tersebut, kata Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Kanan II, Mohd Johar Tunin.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 5.10 pagi apabila lori yang membawa daging dan jagung yang dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Baharu dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh treler berkenaan.

Kesemua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing, katanya.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan ekoran hanya satu lorong dibuka di laluan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata siasatan awal mendapati lori bermuatan bahan sejuk itu dinaiki Clearance anak Juwad, 20, dan Christope anak Kono, 20, kedua-duanya berasal dari Sarawak.

Katanya, mereka dalam perjalanan ke Selatan sebelum lori itu terbabas, merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

"Pada masa sama, lori kontena bermuatan barangan elektronik dinaiki Ramlee Ishak, 42, dan Sofian Ali, 38, tiba di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak.

"Akibatnya, dua lori itu bertembung menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya.

Beliau berkata buat masa ini polis belum mengenal pasti siapa yang memandu kedua-dua kenderaan ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.

Menurutnya, ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan kedua-dua kenderaan berat itu dibawa pulang ke Balai Polis Trafik Muar bagi membantu siasatan.

Di Bilik Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini seorang daripada mangsa nahas itu sempat berpesan kepada rakan supaya menghubungi adiknya jika berlaku perkara tidak diingini.

Allahyarham Sofian memberikan pesanan itu kepada rakannya yang sama-sama dalam perjalanan dari Singapura Ke Bukit Kayu Hitam dengan menaiki treler berasingan ketika mereka berhenti bersahur sebelum meneruskan perjalanan.

Adik mangsa, Rafidah, 36, berkata, dia mengetahui insiden yang menimpa arwah abangnya itu daripada rakan yang dipesan oleh arwah menerusi panggilan telefon pada 6.45 pagi.

"Saya dapat tiba awal di Bilik Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah kerana tinggal di Gemas, Negeri Sembilan, manakala keluarga saya (ibu dan bapa) di Kulim, Kedah dan isteri arwah pula tinggal di Chuping, Perlis," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pagoh , Kemalangan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan