Kanak-Kanak Lelaki Cedera Parah Di Tangan Akibat Letupan Mercun

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 6:28 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera parah di tangan kiri akibat letupan mercun dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat malam Rabu.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Zulkifli Mat Diah, 45, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika beliau dan isteri dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat sunat Tarawih.

"Selepas berbuka puasa dan mendapatkan duit sebanyak RM2 daripada isteri saya, dia (mangsa Mohd Ramdan) keluar rumah untuk membeli colek buah seperti biasa.

"Bagaimanapun ketika saya dalam perjalanan ke surau, seorang kawan memberitahu anak saya cedera parah terkena mercun bola," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, Khamis.

Beliau berkata kecederaan itu berlaku selepas mercun bola yang dipegang anaknya yang dikatakan dinyalakan seorang rakan tiba-tiba meletup.

Akibat kejadian itu, anak bongsu daripada enam adik-beradik itu mengalami kecederaan parah pada tiga jari tangan kirinya dan kini dirawat di HRPZ II.

Mohd Zulkifli berkata beliau memang sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk tidak bermain mercun.

"Mungkin sudah ditetapkanNya, saya reda. Memang saya sedih dengan apa yang menimpa anak saya terutama ketika tinggal beberapa hari lagi hendak beraya (menyambut Aidilfitri)," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang sedia ada terhadap mereka yang cuai mengawasi anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

"Ibu bapa sepatutnya melarang anak bermain mercun kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Bahan Letupan 1952," katanya.

Beliau berkata polis bersama pihak penguatkuasa yang lain juga akan memperketatkan kawalan membabitkan penjualan mercun selain mengawal kawasan sempadan daripada penyeludupan mercun.

Tags / Kata Kunci: letupan mercun , cedera parah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan