Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rhu Renggeh di sini pukul 11.30 pagi Rabu.

Mangsa Muda Mat Zain, 72 seorang mekanik maut di tempat kejadian akibat parah di kepala semasa dalam perjalanan pulang ke bengkelnya di Kampung Rhu Rendang selepas selesai membeli alat ganti kenderaan

Bagaimanapun semasa tiba di lokasi sebuah kereta jenis Proton Iswara dipercayai hilang kawalan lalu melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dari belakang.

Pemandu kereta berusia 33 tahun itu turut mengalami kecederaan.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk dibedah siasat dan pemandu kereta yang cedera juga turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Tags / Kata Kunci: Marang , Maut

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan