Suspek Kes Pelacuran Larikan Diri Ketika Polis Pengawal Berbuka Puasa

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 3:46 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita Sri Lanka yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pelacuran, melarikan diri dari tahanan polis ketika sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Wanita berusia 27 tahun itu, yang telah ditahan di bawah Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan oleh Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Wangsa Maju melarikan diri katil hospital itu kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.

Pada masa kejadian, wanita itu digari tetapi berjaya melepaskan dirinya apabila dua orang pegawai yang bertanggungjawab pergi berbuka puasa.

Wanita itu telah dimasukkan ke hospital pada Isnin kerana sakit perut.

"Tidak ada sesiapa yang menjaganya ketika kedua-dua anggota polis keluar untuk makan malam. Pada masa itulah dia mengambil peluang untuk melarikan diri, " menurut sumber.

Wanita itu, yang ditahan Sabtu lepas, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan ditahan reman selama 14 hari sehingga 17 Julai.

Polis sedang mengesan suspek.
Tags / Kata Kunci: buka puasa , suspek bolos

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan