Serbu Pejabat 1MDB Sebahagian Siasatan Pasukan Petugas Khas

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan melakukan serbuan di pejabat IMDB di Jalan Sultan Ismail sebagai sebahagian daripada siasatan pasukan petugas khas berhubung wang yang disalurkan beberapa akaun.

Sumber berkata, satu pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terlibat dalam serbuan itu.

Mereka berkata, serbuan itu dilakukan untuk mencari dokumen yang berkaitan dengan tawaran tertentu yang dikaitkan dengan dana IMDB.

Mereka enggan menyatakan sama ada serbuan itu juga merupakan usaha polis untuk menentukan bagaimana dokumen sulit telah dibocorkan kepada The Wall Street Journal yang telah dimuat naik ke laman webnya, Selasa.

Dokumen-dokumen bank itu dikatakan melibatkan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pagi Rabu bahawa polis telah menjalankan pelbagai aspek siasatan terhadap 1MDB, termasuk menentukan bagaimana dokumen telah dibocorkan kepada WSJ.

Pasukan Petugas Khas 1MDB terdiri daripada Khalid, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , pasukan petugas khas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan