Anggota Polis Cedera Kereta Peronda Berlanggar Sesama Sendiri Ketika Kejar Suspek

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 11:50 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Tiga anggota polis cedera selepas kereta peronda yang dinaiki mereka terbabit dalam satu kemalangan ketika mengejar suspek di KM68.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Bidor.

Difahamkan, suspek telah melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan polis bertindak mengejarnya.

Sebuah lagi kereta polis dari arah bertentangan cuba menghalang kereta suspek dengan memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan raya.

Suspek bagaimanapun berjaya mengelak dan melarikan diri. Kereta polis yang mengejar suspek tidak dapat mengelakkan daripada merempuh kereta rakannya dekat masjid Bidor pada pukul 1 pagi.

Anggota polis yang cedera telah dibawa ke hospital oleh mereka yang lalu di tempat kejadian.
Tags / Kata Kunci: kereta peronda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan