Remaja Ugut Sebar Gambar Lucah Kenalan Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan setelah dikatakan mengugut untuk menyebar gambar dan video lucah seorang remaja perempuan yang seusia dengannya di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata pelajar lelaki itu ditahan pada pukul 6.35 petang semalam susulan laporan polis yang dibuat remaja perempuan berkenaan pada Jumaat lepas.

Beliau berkata remaja perempuan itu yang merupakan pelajar tingkatan satu  sebuah sekolah swasta di Kelana Jaya, Petaling Jaya telah berkenalan dengan remaja lelaki itu melalui laman sosial WeChat sejak Mac lepas.

"Sejak itu mangsa sering berhubung melalui WeChat dan WhatsApp dengan suspek. Pada Mei lepas, suspek dikatakan memaksa pengadu (mangsa) untuk menghantar gambar lucah kepadanya.

"Pada pertengahan Jun lepas, suspek sekali lagi memaksa pengadu menghantar video dengan berkelakuan lucah. Suspek mengugut akan menyebarkan gambar dan video (yang dihantar sebelum ini) ke laman sosial apabila pengadu tidak lagi menghubungi dan melayannya selepas peristiwa itu," katanya dalam kenyataan Isnin.

Azmi berkata oleh kerana bimbangkan keselamatannya, pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis.

Bertindak dari laporan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, katanya dan menambah suspek direman selama tiga hari.

Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah komputer riba.

Tags / Kata Kunci: Polis , Ugut , Lucah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan