Anak Pegawai TUDM Maut Jatuh Pangsapuri

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri Taman Air Tawar Indah di sini, Isnin.

Muhamad Adam Qhalish Mohd Hairul Anuar yang merupakan anak kepada pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian itu disedari ibunya selepas diberitahu jiran yang ternampak mayat kanak-kanak itu di kawasan bawah pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim  berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di dalam sebuah bilik yang terdapat susunan kotak di tepi tingkapnya.

"Dia dipercayai memanjat kotak itu sebelum terjatuh melalui tingkap bilik itu," katanya.

Abdul Rahman berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya sebelum dibawa pulang ke Klang, Selangor untuk dikebumikan.

Tags / Kata Kunci: TUDM , Pangsapuri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan