Suami Maut Jerut Leher Sendiri Selepas Dipercayai Bunuh Isteri

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 12:23 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Sepasang suami isteri maut di kediaman pasangan itu di Desa Senadin Lorong 2D di sini, dipercayai membabitkan kes bunuh dan bunuh diri. 

Pemangku Ketua Polis Miri, Supt Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kes itu berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati Wenceslaus Taikim Pancras, 50, telah membunuh isterinya Sirena Puyang Anyie, 39, dengan menghentak kepala mangsa di lantai.

"Suaminya kemudian membunuh diri dengan menjerut leher sendiri menggunakan kabel. Motif pembunuhan masih disiasat," katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku pada sebelah pagi ini, selepas Wenceslaus menghantar dua anaknya ke sekolah.

"Tiada kesan pergelutan dan barang berharga juga tidak hilang," katanya. 

Stanley berkata, Wenceslaus yang bekerja di sebuah syarikat menjual kereta dan Sirena yang bekerja di sebuah syarikat swasta, meninggalkan seorang anak lelaki berusia 13 tahun dan seorang anak perempuan berusia 11 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan