Empat Dihempap Pokok Ketika Hujan Lebat Di Alor Setar

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 6:49 PM

Warga Myanmar yang menunggang motosikal cedera dihempap pokok Angsana yang tumbang ketika hujan lebat tengah hari Sabtu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Empat orang dihempap pokok, dua daripadanya cedera ringan, manakala dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan dalam dua kejadian berasingan semasa hujan ribut di sekitar sini tengah hari Sabtu.

Kejadian kira-kira 1 tengah hari itu turut membabitkan dua lelaki Myanmar yang menunggang motosikal setelah pulang dari membeli barang di kedai berhampiran di Taman Rakyat, Mergong.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata penunggang motosikal itu cedera ringan dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, manakala pemboncengnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu seorang lelaki berumur 30-an dan seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun turut mengalami nasib yang sama di Lebuhraya Darulaman, Simpang Kuala kira-kira 1.20 tengah hari.

Lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan manakala kanak-kanak itu mengalami kecederaan di muka dan mulut dan dihantar ke hospital.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Taman Rakyat , Mergong , bomba

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan